Gambar Via Wikipedia

Kerajaan Tiada Perancangan Jual Mana-mana Hartanah Lapangan Terbang Di Malaysia Termasuk LTSAAS Kepada Mana-mana Pihak- Kementerian Kewangan

Sofea

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pihak kerajaan tiada perancangan untuk menjual mana-mana hartanah lapangan terbang di Malaysia termasuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), kepada mana-mana pihak.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, Kementerian Kewangan juga menyatakan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah di mana terletaknya LTSAAS buat masa ini.

“Hartanah lapangan terbang adalah dianggap sebagai aset strategik kerajaan,” kata kementerian itu.

Tambah kementerian menerusi kenyataan itu lagi, LTSAAS adalah salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009, menjadikan MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut.

Tidak cuma itu, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS.

“Sebahagian tanah LTSAAS juga telah dipajakkan (sub-leased) oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun (2007-2037) yang merangkumi pengendalian terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage,” kata kenyataan itu.

Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini.

Sumber: BERNAMA