Kuala Lumpur – Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bakal ditangguhkan kepada masa yang akan dimaklumkan kemudian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Disember lalu.
Lantaran penangguhan program yang pada asalnya dijadualkan bermula Januari akan datang itu, rakyat Malaysia akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada sehingga waktu yang akan dimaklumkan kelak.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika pembentangan bajet 2020 menyatakan bakal menyediakan peruntukan sebanyak RM12 hingga RM30 sebulan bagi penerima BSH (B40).
Sumber: Sinar Harian, MOF