Satu hospital di setiap negeri akan dikhaskan bagi merawat pesakit Covid-19, demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai situasi semasa koroanvirus (Covid-19) di Malaysia.
Menurut Muhyiddin, kerajaan akan melakukan beberapa persediaan untuk menghadapi wabak ini yang semakin serius dan dijangka mengambil masa yang lama untuk berakhir.
Ujar beliau, setakat ini hanya terdapat 26 hospital kerajaan dan Pusat Perubatan Univeristi Malaya (PPUM) yang mempunyai keupayaan untuk merawat kes Covid-19.
Oleh itu, kerajaan akan meningkatkan bilangan hospital yang boleh merawat pesakit Covid-19 dengan mengkhaskan satu hospital di setiap negeri sebagai persediaan menampung jumlah pesakit yang lebih banyak.
Di samping itu, beliau turut menyeru orang ramai untuk megambil langkah keselamatan dengan menjaga kebersihan diri termasuk mengelakkan menghadiri sebarang bentuk perhimpunan.
Pada masa yang sama, semua perhimpunan turut ditangguhkan sehingga 30 April. Keputusan akan diteliti semula jika situasi Covid-19 negara bertambah baik.
Sumber: KKM Putrajaya