pelaburan luar negara
Gambar via Sinar Harian
Tiada Kategori

Kerajaan Pastikan Pelaburan Luar Negara Dilulus Segera

Nurul Alya

Kerajaan Pastikan Pelaburan Luar Negara Dilulus Segera

Perubahan mendadak akan dilaksanakan oleh kerajaan agar projek-projek pelaburan dari luar negara dapat diluluskan dengan segera.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu harus dilakukan kerana kebimbangan yang diutarakan berkaitan dengan projek-projek tersebut.

“Yang Berhormat harus faham bahawa untuk pelaksanaan itu, kadangkala ada disuarakan kebimbangan. Apabila diluluskan, yang disebutkan ‘ease of business’ itu kadangkala masih ada masalah.

“Oleh itu, saya telah menetapkan supaya kita lakukan perubahan yang agak mendadak.

“Bukan saja ‘one stop centre’ di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tetapi juga Jawatankuasa Pelaburan dan Perdagangan di bawah Menteri MITI, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri.

“Ini akan memastikan projek itu diluluskan dengan kadar segera,” kata Perdana Menteri, yang juga merupakan Menteri Kewangan.

BACA JUGA: Agensi Kerajaan Perlu Rancangan Teliti, Siap Siaga Hadapi Banjir Di Pantai Timur – Fadillah

Sumber: Sinar Harian