Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di sebuah gereja di bandar raya Nice, Perancis pada 29 Oktober 2020 lalu yang menyebabkan kematian serta kecederaan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia berpendirian teguh menolak sebarang keganasan meski apa jua motif atau alasannya. Hal kerana kejadian tersebut menyebabkan keselamatan orang awam.
Menurut kenyataan ini lagi, negara menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Perancis, semoga mangsa yang cedera cepat pulih. Seluruh dunia mengharapkan suspek dihadapkan ke pengadilan secepat mungkin.

Sumber: Bernama