Gambar Hiasan via Bernama

Kerajaan Akan Teliti Mengenai Rentas Negeri Dan Ziarah Sempena Hari Raya Aidilfitri – PM

syafiq halim

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa kerajaan akan meneliti mengenai rentas negeri dan ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Kenyataan tersebut dipetik menerusi satu muat naik di laman Facebook rasmi Bernama sebentar tadi.

Mengikut perkiraan, sekitar 16 hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Menjengah ke ruangan media sosial, ada warganet yang sudah ‘bersuara’ berkaitan rentas negeri ketika Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Bernama