Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos 2022 (Khamis).
Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).
Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 melalui kaedah berikut:
secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk dapatkan ringkasan keputusan STPM 2021 dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga jam 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad);
secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai jam 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).
MPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.
Sumber: Kenyataan Media Majlis Peperiksaan Malaysia