Seorang pencuri di Mexico terpaksa melalui detik-detik yang memalukan apabila kepalanya tersangkut pada pagar ketika didakwa cuba untuk melarikan diri, lapor India Times.
Lelaki itu difahamkan ‘mati akal’ apabila terperangkap pada pagar besi tersebut ketika cuba memanjatnya. Menurut saksi, perkhidmatan kecemasan tiba ke tempat kejadian selepas dua jam pencuri itu tersekat pada pagar tersebut, lapor Daily Mail.

Orang ramai yang tinggal di blok rumah berhampiran melihatnya berusaha keras untuk membebaskan dirinya dan terus menghubungi pihak polis sejurus selepas itu.
Para saksi yang berada di tempat kejadian sempat merekodkan keadaan lelaki yang sedang tersangkut itu. Tidak dapat dijelaskan tentang bagaimana dia boleh tersangkut dengan cara yang agak pelik itu.

Dalam banyak-banyak orang yang boleh membantunya untuk melepaskan diri, polis juga yang akhirnya berjaya melepaskannya daripada pagar tersebut dengan menggunakan pemotong besi.

Seorang pegawai polis dilihat membawanya turun daripada bumbung rumah yang dia rancang untuk melakukan pencurian dan seterusnya menggarinya.
Lelaki itu kemudiannya diiring oleh seorang pegawai polis ke kereta untuk dibawanya terus ke balai polis tempatan.
Sumber: India Times