LRT, MRT atau monorel merupakan pengangkutan awam utama yang sering digunakan oleh masyarakat Malaysia yang berada di ibu kota. Bukan sahaja mudah untuk bergerak, ia juga menjimatkan kos bahan api.
Pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat di dalam pengangkutan awam tersebut termasuk individu yang sering tertinggal barang.
Terbaru, menerusi perkongsian Rapid KL di Facebook, seorang individu dipercayai telah tertinggal gigi palsu di atas kerusi sebuah tren.
Menurut Rapid KL, gigi palsu tersebut ditinggalkan di tren 151 laluan Kelana Jaya semalam. Justeru, individu yang tertinggal gigi palsu itu diminta untuk menghubungi Rapid KL untuk mendapatkannya kembali.
Perkongsian itu mendapat pelbagai respon dari netizen dan pastinya ramai di antara mereka yang berseloroh.


Gigi palsu tersebut pastinya tidak murah, memakan modal yang banyak juga. Diharapkan pemiliknya mendapatkan kembali gigi palsu itu memandangkan keadaan sekarang ini yang agak sukar bagi semua orang.
Sumber: Rapid KL