Siapa saja yang tak kenal angkasawan negara pertama Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar.
10 Oktober 2007 adalah tarikh dimana sejarah negara tercipta apabila seorang anak jati Malaysia telah berlepas ke ruang angkasa lepas untuk melakukan pelbagai eksperimen selama 10 hari.
Pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya tentang bagaimanakah perasaannya sebelum beliau dijadualkan berlepas ke angkasa dengan menaiki roket buatan negara Rusia bernama Soyuz TMA-11.
Gambar: BernamaMelalui satu perkongsian di akaun Instagram rasminya, beliau ada menyebut tentang perasaan sebelum dia berlepas ke ruang angkasa sambil turut berkongsikan sepucuk surat yang ditulis kepada kedua ibu bapanya.
Menurutnya, surat tersebut ditulis sehari sebelum beliau menjalankan misinya itu. Ketika itu, beliau sedang berada di Baikonaur, Kazakhstan.
Pada ketika itu, ibu bapanya ada datang untuk melawatnya buat kali terakhir sebelum beliau berlepas pada keesokannya.
Mereka sempat berborak. Menurutnya, beliau dapat melihat bahawa air mata kerisauan pada kedua-dua ibu bapanya itu.
Katanya, sebelum beliau berlepas, perasaan gementar, teruja dan takut itu bercampur baur.
Selain daripada itu juga, beliau turut tahu bahawa apa-apa boleh terjadi dan risiko yang diambilnya itu amat tinggi.
Malahan, timbul persoalan dalam dirinya yang mengatakan bahawa adakah berbaloi mengambil risiko ini dengan meninggalkan orang-orang yang tersayang.
Pun begitu, beliau tetap cekalkan semangatnya untuk meneruskan misi dan meletakkan segala kepercayaannya kepada Allah S.W.T sahaja.
Hasil daripada itu, beliau menyatakan bahawa pengalamannya menjelajah angkasa lepas telah menukar perspektif kehidupannya secara menyeluruh.
Surat tersebut difahamkan tidak pernah dikongsinya kepada sesiapa pun. Bahkan, beliau telah pun terlupa akan surat itu sehinggalah ke hari ini.
Sumber: drsheikhmuszaphar