Nestlé Malaysia penarikan susu bayi
Gambar: Nestle

Kenyataan Nestlé Malaysia Berhubung Penarikan Balik Global Susu Formula Bayi

Iqbal Yasir

Kenyataan Nestlé Malaysia Berhubung Penarikan Balik Global Susu Formula Bayi

Nestlé Malaysia dalam satu kenyataan hari ini tampil memberikan penjelasan berhubung penarikan balik susu formula bayi.

“Berikutan laporan media mengenai penarikan balik secara sukarela dan berhemah bagi produk Susu Formula Bayi Nestlé di beberapa negara, kami ingin meyakinkan anda bahawa semua produk yang dijual oleh Nestlé Malaysia tidak terjejas oleh penarikan balik ini dan selamat untuk diminum.

“Keselamatan dan kualiti makanan sentiasa menjadi keutamaan kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau memerlukan penjelasan tambahan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestlé di 1800 88 3433,” maklum kenyataan itu.

Sumber: Nestle

BACA: Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Ditahan SPRM

BACA: Lebih 200 Graduan Rai Majlis Graduasi Berlatarkan Runtuhan Bangunan Di Gaza

BACA: Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar