Baru-baru ini, tular mengenai kenyataan berita yang mengatakan risiko penularan wabak COVID-19 atau Coronavirus menerusi gas kentut.
Menurut laporan The Sun UK, seorang doktor mendakwa bahawa orang yang bergejala berkemungkinan boleh menyebarkan wabak itu melalui kentut.
Walau bagaimanapun, dalam laporan yang sama, pakar berpendapat peluang dijangkiti sangat kecil kerana virus itu hanya boleh disebarkan melalui rembesan batuk ataupun sentuhan.
Berdasarkan kenyataan Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Difahamkan, CDC Beijing telah menafikan kenyataan tersebut dan menjelaskan jangkitan tidak boleh berlaku dan mungkin berlaku jika ia dihidu dalam jarak yang dekat.
Sumber: Public Health Malaysia