

Bagi kanak-kanak amat sukar untuk mereka memahami konsep kematian dan tidak memahami mengapa orang yang mereka cintai sanggup meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Seperti anak kecil ini yang mempersoalkan mengapa ibunya tidak tidur di sampingnya tetapi tidur di dalam peti mati sebaliknya.
Khayne Kheian Naelgas Castro yang berusia 5 tahun baru sahaja kehilangan ibunya Katherine Naelgas Castro ketika dia melahirkan adiknya, Cyril Khayzer di hospital tempatan yang terletak di San Jose, Mindoro Occidental di Filipina.
Khayne bersama keluarganya

Dia merupakan seorang kanak-kanak yang ceria hinggalah senyuman mulai hilang dibibirnya selepas dia mendapat tahu ibunya sudah tiada lagi.

Semasa pengebumian Katherine, ibu mertuanya Marichu Gabriel menyaksikan peristiwa yang menyayat hati ketika Khayne mula menyeret kerusi supaya dia dapat melangkah ke arahnya untuk menatap ibunya di dalam keranda itu. Sedih dengan kejadian itu, Gabriel berkongsi gambar yang diambilnya di Facebook dengan kapsyen yang menyayat hati.


Dalam gambar yang diambil, Khayne dilihat berehat di atas tangannya di atas keranda semasa menatap wajah ibunya di dalam keranda tersebut.

Khayne mungkin tidak mahu meninggalkan ibunya sendiri, jadi dia terus duduk di sebelahnya. Bukan tu sahaja, tidak mahu membiarkan ibunya ‘tidur’ sendirian, Khayne mengambil satu lagi kerusi dan membuat katilnya di dekat keranda itu.

Tiga hari selepas kematian Katherine, Gabriel merekodkan video yang memperlihatkan Khayne menyanyikan sebuah lagu yang didedikasikan kepada ibu tirinya yang tercinta itu. Dalam video tersebut juga Khayne menyanyi dengan indah sekali.