Rekaan pakaian lelaki dan wanita sememangnya ada perbezaan. Tidak kiralah dari segi potongan baju, malah kedudukan butang baju sebenarnya berbeza.
Jika anda teliti dengan betul, kedudukan butang baju lelaki terletak di sebelah kanan manakala wanita pula berada pada sebelah kiri.
Perbezaan ini sebenarnya sudah berabad-abad lamanya. Teori ini dibezakan melalui cara lelaki dan wanita memegang sesuatu benda.
Berdasarkan Quora Thread, kebanyakan lelaki juga dikatakan memegang pedang di tangan kanan. Jadi, ia memudahkan para lelaki pada waktu itu untuk membuka baju dengan pantas semasa bertanding dan melindungi diri. Disebabkan itu kedudukan butang baju lelaki terletak pada bahagian kanan.
Kredit : The SunBagaimana pula dengan butang pada baju wanita? Ia berkemungkinan kerana bayi mereka.
Wanita lebih cenderung memegang bayi mereka di lengan kiri mereka kerana tangan kanan digunakan untuk melakukan perkara lain. Ada juga mengatakan bahawa lengan kanan ialah dominan pada kebanyakan orang.
Oleh sebab itu, baju wanita direka untuk dibuka atau ditutp dengan satu-satunya tangan yang bebas, iaitu tangan kanan dan dibutang pada sebelah kiri untuk memudahkan penyusuan.
Satu lagi teori adalah disebabkan posisi menunggang kuda yang menentukan di mana terletaknya butang baju wanita.
Selain daripada memakai skirt labuh dan berat serta gaun dan seluar dalam, etika posisi wanita terdahulu semasa menunggang kuda adalah dengan kedua-dua kaki berada di sebelah kanan kuda. Disebabkan itu, pakaian wanita mempunyai butang di sebelah kiri menghalang angin masuk ke baju semasa mereka menunggang.
Kredit : The SunAda juga yang berpendapat bahawa perbezaan butang bermula semasa kebangkitan emansipasi apabila wanita mula memakai seluar dan gaya lain berkonsepkan seperti lelaki.
Pengeluar butang meletakkan di sebelah kiri sebagai cara praktikal untuk membezakan pakaian lelaki dan wanita kerana potongan dalam fabrik yang berbeza.
Teori lain yang timbul ketika pemimpin tentera dan politik Perancis Napoleon Bonaparte berasa muak kerana dibuli oleh wanita yang cuba meniru cara mereka ketika bergambar.
Ada yang beranggapan Napoleon dikatakan memerintahkan supaya butang baju wanita diletakkan pada bahagian bertentangan dengan lelaki untuk menghentikan buli.
Apabila mengikut tradisi yang mempunyai pekerja untuk mendandani mereka, butang dan pengancing disusun untuk memudahkan pakaian ditutup dan mengikat pakaian mereka. Disebabkan itu, kancing baju lelaki berada di sebelah kanan manakala pakaian wanita di arah bertentangan.
Sumber : The Sun