Isu kelewatan atlet ke Call Room sehingga menyebabkan penarikan balik pingat emas diperoleh Mohd Ziyad Zolkefli telah membuatkan rakyat Malaysia kecewa, namun tetap bangga dengan pencapaian atlet negara yang berjaya memecahkan rekod dunia.
Perkara tersebut adalah disebabkan adanya protes dilakukan oleh pasukan Ukraine yang diterima pihak penganjur, yang mengatakan atlet tersebut lewat ke Call Room. Pun begitu, mungkin ada yang tertanya apakah kepentingan berada di dalam Call Room sebelum sesuatu pertandingan dimulakan. Berikut adalah antara perkara yang akan dihadapi oleh atlet ketika berada di Call Room sebelum bersaing dalam sesuatu acara.
Menurut Athleticsnovascotia.ca, pemanggilan para atlet ke Call Room adalah bertujuan untuk memastikan para atlet tiba di tapak acara pada masa yang telah ditetapkan di dalam jadual rasmi.
“Ia satu-satunya masa atlet trek dan padang berkumpul bersama dalam satu kawasan,” tulis panduan berkenaan.
Call Room merupakan sebahagian daripada bidang perlawanan dan para atlet mesti mematuhi peraturan yang digariskan jawatankuasa penganjur sesuatu temasya sukan.
Memetik panduan tersebut, perlawanan adalah bermula di dalam Call Room di mana ia menjadi ruang persediaan para atlet.
Berikut adalah peranan Call Room dan aturan yang perlu dilalui atlet di ruangan tersebut sebelum perlawanan.
1. Call Room bertanggungjawab menyediakan atlet untuk pertandingan dengan sedikit komplikasi sebaik mungkin
2. Call Room merupakan lokasi atlet mendaftar masuk dan berkumpul untuk acara
3. Call Room dianggap tapak perlawanan. Sebaik atlet mendaftar masuk, mereka tidak boleh keluar. Ia mesti dikawal rapi.
4. Call Room menguruskan kedua-dua atlet trek dan padang.
5. Tiada jurulatih atau individu tanpa autoriti dibenarkan masuk ke dalam Call Room. Petugas Call Room perlu memeriksa kesemua tag pengenalan untuk melihat jika seseorang itu dibenarkan berada di tapak tersebut. Tiada pengecualian. Sebaiknya letakkan staf di pintu masuk dan keluar Call Room untuk memeriksa ID semua orang.
6. Petugas Call Room perlu memastikan semua atlet mendapat peralihan yang lancar dari Call Room ke garisan perlumbaan atau lokasi perlawanan. Pastikan semua atlet memakai:
serta berada
Sumber: Athleticsnovascotia.ca