tajikistan kesatuan soviet
Kredit Shutterstock, AFP

Kenali Tajikistan, Antara Bekas Negara Bawah Jajahan Kesatuan Soviet

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kenali Tajikistan, Antara Bekas Negara Bawah Jajahan Kesatuan Soviet

Pestabola Merdeka 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan keputusan memihak kepada negara Tajikistan dengan jaringan 2-0.

Tajikistan turun menentang pasukan kebangsaan Harimau Malaya sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Justeru, penulisan artikel pada hari ini akan menceritakan serba sedikit berkenaan negara tersebut.

Kredit AFP

Fakta Tajikistan

Ibu negara bagi Tajikistan adalah dikenali sebagai Dushanbe. Negara itu berkeluasan sekitar 142,600 kaki per km dengan jumlah penduduk seramai 9.1 juta orang.

Memetik Britannica, Tajikistan atau Tadzhikistan merupakan sebuah negara yang terletak di tengah-tengah wilayah Asia Tengah.

Negara itu bersempadan dengan Kyrgystan di Utara, China di Timur, Afghanistan di Selatan dan Uzbekistan di barat.

Kredit BBC

Selain itu, wilayah Tajikistan yang bergunung-ganang telah menyebabkan negara itu berada di kedudukan seismik aktif, di mana gempa bumi kuat adalah biasa.

Ahli seismologi telah lama mengkaji rantau ini, terutamanya berkaitan dengan empangan hidroelektrik besar dan kerja awam lain di kawasan itu.

Kredit Shutterstock

Tajikistan ialah sebuah republik konstituen (kesatuan) Kesatuan Soviet dari tahun 1929 sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1991.

Negara itu diperintah oleh Emomali Rahmon yang dipilih sebagai presiden pada tahun 1994 dan dipilih semula secara tetap setiap kali pilihan raya diadakan.

Rahmon memainkan peranan penting dalam perang saudara Tajikistan.

Lebih daripada sembilan persepuluh wilayah di Tajikistan adalah pergunungan dengan kira-kira 10,000 kaki lebih tinggi dari paras air laut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Ekonomi Tajikistan

Menurut BBC, Tajikistan sehingga kini masih bergantung kepada Rusia dalam kegiatan ekonomi mereka dan keselamatan negara.

Tajikistan dikatakan bergantung kepada Moscow terutamanya dalam memerangi penyeludupan dadah dan pencerobohan dari negara jiran Afghanistan.

Kini, Tajikistan sedang mengembangkan hubungan mereka dengan negara China, di mana ia telah menambah kredit kepada negara itu.

Hubungan itu telah membawa kepada pembinaan jalan raya, terowong dan infrastuktur kuasa kepada Tajikistan.

Syarikat China banyak melabur dalam penerokaan minyak dan gas, serta perlombongan emas.

Kedudukan ranking FIFA Tajikitstan

Kredit GOALZZ

Dalam sukan bola sepak, menerusi data FIFA, ranking bola sepak Tajikistan berada di kedudukan 110 dunia pada September 2023.

Kedudukan ini sekaligus membuktikan negara itu layak bergelar juara Pestabola Merdeka menewaskan pasukan kebangsaan.

Untuk makluman, Harimau Malaya berada di rangking ke-134 dunia dengan kutipan mata 1094.90.

Sumber: Britannica, BBC, FIFA