Pernah tak dengar tentang kes lelaki muda rebah di gelanggang futsal dan bola sepak ketika sedang bermain dan meninggal dunia akibat masalah jantung? Ya, kes ini bukan kali pertama berlaku di Malaysia malah di dunia.
Bahkan ia menjadi satu mimpi ngeri buat pemuda yang aktif bersukan kerana ia sekaligus meleyapkan mitos bahawa masalah jantung hanya berlaku pada orang tua sahaja.
Justeru itu, mesti ramai yang ingin tahu kepada perkara sebegini berlaku pada golongan yang aktif bersukan? Adakah aktiviti ‘gaya hidup sihat’ ini berisiko dan mengancam nyawa seseorang?
Jadi, bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anda, Dr SazOne akan menjelaskan kepada perkara ini berlaku kepada golongan yang aktif bersukan.
Gempar awal pagi tadi ketika perlawanan bolasepak Piala Eropah antara pasukan Denmark menentang Finland apabila ayam tambatan pasukan Denmark, Christian Eriksen rebah tidak sedarkan diri. Ini bukan kali pertama berlaku.
Sebelum ini pada March 2012, pemain bolasepak bernama Fabrice Muamba jantungnya berhenti berdegup selama 78 minit ketika perlawanan Piala FA antara Bolton melawan Tottenham Hotspur. Umur beliau panjang, dapat diselamatkan.
Banyak kajian menunjukkan bahawa antara sebab terutama mati mengejut dikalangan ahli sukan adalah masalah jantung, antaranya HCM (Hypertrophic Cardiomyopathy).
Dinding otot jantung ventrikel menebal…

“Ini adalah keadaan di mana dinding jantung menebal. Penyebabnya adalah genetik tidak normal/mutasi genetik.”
Ini adalah keadaan di mana dinding jantung menebal. Penyebabnya adalah genetik tidak normal/mutasi genetik. Biasanya dalam sejarah keluarga berlaku kematian mengejut beberapa ahli ketika usia muda tanpa sebab. Biasanya meninggal dalam tidur.
HCM menyebabkan ritma jantung tidak normal (arrythmia) dan halangan aliran darah. Bila jantung berdegup semakin laju, laluan darah terhalang daripada di pam ke seluruh badan oleh pergerakan dinding otot jantung yang tebal.
(Rujuk gambar: warna biru penebalan jantung, titik merah aliran darah melalui laluan sempit).

Ritma jantung boleh secara tiba-tiba bertukar kepada ritma maut, Ventricular Fibrillation (VF) menyebabkan nadi terhenti.

HCM juga penyebab kematian mengejut kepada orang muda yang aktif. Biasanya tanpa gejala. Bernasib baik jika ada gejala sakit dada, mungkin sempat dikesan dan dirawat doktor.
Tiada rawatan untuk menyembuhkan HCM, tetapi ritma tidak normal (VF) boleh dibantu dengan CPR dan defibrillator (AED).
Belajarlah CPR. Anda mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa.
Sumber: Dr Sazone