Sebuah kumpulan yang terdiri daripada doktor, artis dan juga pakar dalam kemalangan kereta bekerjasama dalam menciptakan manusia mutan bernama Graham, satu-satunya ‘manusia’ dipercayai terselamat dalam kemalangan kereta.
Menurut Mirror, mutan itu diciptakan tanpa leher, selain mata dan hidung yang cekung dan terdapat beg udara di antara setiap rusuknya. Difahamkan, Ia adalah gambaran manusia yang diperlukan untuk bertahan daripada kemalangan ngeri.
“Diciptakan untuk menggambarkan kerapuhan tubuh manusia ketika berlaku kemalangan kereta.
“Dia mungkin tidak akan menjuarai apa-apa pertandingan kecantikan, yang pasti ia akan selamat jika berlakunya kemalangan kereta,” kata kumpulan itu, lapor Mirror.
Graham hidup atau tidak?
Gambar: TAC via MirrorMungkin pada penampilan realistiknya agak menakutkan, Graham bukanlah cyborg atau mutan dari filem-filemsains fiksyen yang pernah ditayangkan. Sebaliknya, ia hanyalah sebuah arca hasil ciptaan artis bersama-sama pakar perubatan.
Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan Australia (TAC) telah memberi tugasan kepada kumpulan itu, Ptricia Piccini untuk mencipta Graham bersama pakar bedah Hospital Melbourne, Christian Kenfield.
Memetik Mirror, dia direka untuk mewakili tubuh manusia untuk diuji melalui kemalangan jalan raya yang berimpak tinggi tanpa sebarang teknologi keselamatan.
Pegawai TAC berharap Graham dapat membantu orang ramai memahami kepentingan membentuk jalan raya yang lebih selamat.
“Perkembangan industri kereta lebih cepat berbanding manusia dan Graham adalah sebab kenapa kami perlu menambah baik sistem jalan raya yang lebih selamat untuk semua,” kata Ketua Eksekutif TAC, Joe Calafiore.
“Ini adalah sebuah seni dan ia perlu berinteraksi pada tahap emosi dalam waktu yang sama berkomunikasi bersama idea yang serius,” kata Piccini.
Piccina menciptakan Graham menggunakan daripada silikon dan rambut asli manusia. Idea tersebut berjaya disiapkan olehnya dalam masa enam bulan dan menelan kos sebanyak lebih kurang RM600,000.
“Tubuh manusia tidak mampu untuk menahan hentakkan kuat kemalangan, malah dengan hanya 30km/j sahaja boleh membawa maut,” tambahnya.
Gambar: TAC via MirrorSumber: Mirror