Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi bagi semua Fasa Pelan Pemulihan Negara hanya terpakai kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap sahaja.
Perkara tersebut diutarakan selepas Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menyatakan menerusi akaun Twitter rasminya bahawa kelonggaran dine-in bagi orang yang telah lengkap divaksin kekal untuk semua fasa pemulihan.
Beliau juga turut menerangkan bahawa SOP yang sedia ada berkenaan perkara itu yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara belum dikemaskini lagi.
“Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan.
“Peraturan yang dikeluar oleh Majlis Keselamatan Negara tidak dikemaskini. Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated.” ujarnya.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi mengukuhkan sistem kesihatan awam negara serta untuk melancarkan pembukaan semula ekonomi.
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keselamatan nyawa rakyat, mengukuhkan sistem kesihatan awam negara, melancarkan pembukaan semula ekonomi dan memastikan usaha kerajaan untuk memulakan proses peralihan ke fasa endemik dilakukan dengan selamat,” tegasnya.
Sumber: @HishammuddinH20, @Khairykj