Tiada Kategori

Kemsite Lancar Destinasi Lifestyle Outdoor Urban Pertama Di KL

Nur Farra

Siapa kata nak nikmati suasana luar mesti keluar dari bandar? Kemsite buat semuanya jadi tak mustahil. Destinasi gaya hidup luar bandar urban pertama Malaysia kini dibuka di The Gardens Mall.

Kemsite bukan sekadar kedai perkakasan atau barang outdoor. Ia adalah hub gaya hidup, gabungkan elemen pengembaraan dengan kehidupan seharian. Dari cooler YETI, peralatan Snow Peak, beg KAVU, hingga kasut Keen, semuanya berkualiti, bergaya, dan praktikal, sesuai untuk pengembaraan atau memberi sentuhan ‘outdoorsy’ pada rumah anda.

“Kami mahu orang rasai semula keindahan alam, walaupun di tengah kota,” kata Charles Lim, Pengasas Montanic Malaysia. “Kemsite gabungkan pengembaraan dan gaya hidup praktikal, bergaya, dan mudah.”

Semasa pelancaran, tetamu dapat mencuba sendiri produk Kemsite seperti kerusi lipat, lampu, kipas mudah alih, dan banyak lagi. Kedai ini bukan sekadar tempat membeli, tetapi pengalaman healing yang lengkap, terus di dalam mall.

Kemsite juga mahu mewujudkan pergerakan urban baru seperti hidup ala luar bandar dalam kehidupan seharian. Dari pangsapuri hingga pengembaraan hujung minggu, produk Kemsite fleksibel, praktikal, dan bergaya.

Jom alami sendiri! Maklumat lanjut di kemsite.com