Gambar: Google

Kempen RM5 Juta Tunai Percuma Bantu Masyarakat Berbelanja Bijak

Aqmal Ezany

Umum telah mengetahui bahawa negara kini sedang teruk dilanda dengan wabak pandemik COVID-19. Disebabkan itu, pelbagai sektor terpaksa dilarang beroperasi demi hendak mencegah wabak virus maut ini.

Oleh kerana pelbagai sektor tidak dapat beroperasi, banyak syarikat terpaksa memotong gaji dan memberhentikan pekerja mereka kerana tidak dapat menjalankan operasi seperti sedia kala.

Kesan daripada itu, ramai orang telah hilang punca pendapatan sampai kan duit untuk beli barangan keperluan perlu dicatu bagi berjimat cermat.

Berikutan daripada itu, Bizmilla, syarikat milik artis terkenal dan usahawan, Mila Jirin telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Malakat Eco Mall melalui Kempen RM5 Juta Tunai Percuma yang akan bermula 31 Julai ini.

Mila yang juga merupakan Pengarah Urusan Bizmilla berkata bahawa hasil daripada kolaborasi ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada lebih 100,000 buah keluarga termasuk mereka yang sedang bergelut di waktu yang sukar ini.

“Dengan kolaborasi ini, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’ atau pulangan tunai kepada semua pelanggan yang membeli kredit

tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi.

“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya.

Tambahnya, bagi pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan mendapat hadiah percuma baucar tunai berjumlah sehingga RM300.

“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya

“Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.

“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.

Menurutnya, inisiatif ini diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup pelanggan dan dapat memberi tambah nilai setiap ringgit yang dibelanjakan.

“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga kota khususnya yang terkesan saat ini. Cita-cita memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.

“Diharap semua warga terutama di Selangor, KL dan Melaka tidak ketinggalan untuk bersama menyertai ‘Kempen RM5 Juta Tunai Percuma’ ini, kerana ia sebuah inisiatif yang sangat bermakna buat saya dalam membantu mereka yang susah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan bahawa syarikatnya kini sedang berada di dalam fasa akhir untuk menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya yang beroperasi secara atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.

“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya.

Pasaraya ini juga terdapat di beberapa tempat antaranya ialah Cyberjaya, Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.

Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berasa teruja dengan kempen yang dianjurkan ini kerana ianya dijangka bakal memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.

Menurutnya, setiap pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada wang yang dibelanjakan.

“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.