kempen derma darah lg malaysia
Tiada Kategori

Kempen Derma Darah LG Malaysia: Usaha Komuniti Untuk Menyelamatkan Nyawa

Nurul Naqiyah

Kempen Derma Darah LG Malaysia: Usaha Komuniti Untuk Menyelamatkan Nyawa

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2024 – Sebagai sebahagian daripada misi ‘Life’s Good’, LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG Malaysia) baru-baru ini telah menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Kempen tersebut telah menyaksikan penyertaan yang menggalakkan daripada kakitangan LG Malaysia dan masyarakat setempat di Selangor yang berkongsi misi untuk menyelamatkan nyawa dan membantu mereka yang memerlukan.

Inisiatif LG Malaysia ini bertujuan untuk menampung permintaan sebanyak 500 beg darah setiap hari untuk bekalan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit kritikal di seluruh negara.

Kempen ini bukan sahaja membantu menambah bekalan darah Pusat Darah Negara, ia juga dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan dan faedah menderma darah secara berkala.

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia, menekankan kepentingan menderma darah dengan berkata, “Ramai yang mungkin tidak menyedari kepentingan menderma darah sehingga mereka sendiri atau ahli keluarga terdekat memerlukan transfusi darah.

Kami bertekad untuk mengubah persepsi ini dengan menyerlahkan kepentingan pendermaan darah untuk penerima dan penderma.”

kempen derma darah lg malaysia
Donations from the blood donation drive represent a life saved and a community strengthened through the generosity of our donors.

“LG Malaysia berbesar hati untuk menganjurkan kempen derma darah ini dengan sokongan Pusat Darah Negara. Setiap pendermaan darah mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa, dan ini menjadikan setiap sumbangan tidak ternilai harganya untuk pesakit yang memerlukan dan juga untuk Pusat Darah Negara,” kata Justin.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, darah terdiri daripada tiga komponen utama: sel darah merah, platelet, dan plasma. Walaupun plasma boleh disimpan sehingga tiga tahun, sel darah merah hanya boleh disimpan sehingga 42 hari, dan platelet hanya selama lima hari.

Dr. Mohammad Masrin Bin Md Zahrin, Pengarah Pusat Darah Negara menghuraikan bahawa dengan kemajuan dalam teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital di seluruh negara, permintaan untuk darah terus meningkat.

Ini menekankan keperluan kritikal untuk pendermaan darah bagi mengekalkan bekalan darah yang stabil demi menyokong perkhidmatan penjagaan kesihatan negara.

“Kami amat berterima kasih atas kerjasama dari organisasi global seperti LG Malaysia yang komited untuk menyokong sistem kesihatan tempatan.

kempen derma darah lg malaysia
The event saw strong participation from LG Malaysia employees and the local community in Selangor gathering at PJ8, helping the National Blood Centre replenish its blood supply.

Inisiatif ini juga dapat mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan diri dan kesejahteraan komuniti dengan menghulurkan bantuan apabila diperlukan,” kata Dr. Mohammad Masrin Bin Md Zahrin said.

“Di LG, kami percaya bahawa ‘Life’s Good’ boleh dijadikan kenyataan apabila kita berpegang pada sikap optimis dan keberanian, dan melalui inisiatif ini, kami bertekad meyakinkan penerima darah untuk kekal berani dan optimis bahawa bantuan sentiasa tersedia.

Sebagai jenama terkemuka, kami berperanan untuk memimpin melalui teladan dan kempen ini adalah salah satu daripada usaha kami untuk mendorong orang ramai untuk membuat amalan yang baik dan mulia demi kebaikan orang ramai,” kata Justin.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini LG Malaysia and Kempen Life’s Good, sila layari laman web rasmi LG Malaysia, https://www.lg.com/my/ atau ikuti laman Facebook rasmi LG Malaysia di https://www.facebook.com/LGMalaysia.