Kementerian Pendidikan Tarik Diri Sertai Pesta Buku Frankfurt 2023
PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman bulan ini.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka pihak penganjur terhadap Israel.
Menurut KPM keputusan itu juga selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin.
“KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Beberapa hari lalu, bermulanya konflik terbaru antara Israel dan Palestin yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Setakat ini, ribuan nyawa terkorban dalam siri berbalas serangan antara Hamas dan tentera Israel.
Lebih memilukan, nyawa wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa juga tergadai dalam koflik yang tercetus ini. Satu video tular semalam dari akaun Tiktok Mohammed Shurafa, seorang pemuda Palestin yang pernah menetap di Indonesia serta fasih berbahasa Indonesia.
Sumber: BERNAMA
BACA: KPM Sedia RM80 Juta Selenggara Sekolah Berisiko Banjir, Kecemasan