Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Kementerian Dalam Negeri Menghargai Belanjawan 2026

Aina Munirah

Kementerian Dalam Negeri Menghargai Belanjawan 2026

PUTRAJAYA, 11 Oktober 2025- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik dan menghargai pengumuman oleh YAB Perdana Menteri yang melibatkan kementerian, jabatan serta agensi bawah KDN semasa pembentangan Belanjawan Rakyat 2026 dengan tema “Belanjawan Madani Keempat: Belanjawan Rakyat”. Belanjawan 2026 ini sejajar dengan peranan besar KDN untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara termasuk memperkukuh keselamatan sempadan dan pintu masuk antarabangsa negara, menangani jenayah siber dan seksual serta memelihara kebajikan anggota penguatkuasaan KDN selaras dengan visi Malaysia MADANI yang matlamatnya agar semua rakyat Malaysia hidup bermaruah. meliputi hak asasi dan kualiti hidup terjamin.

Secara keseluruhannya, KDN telah diperuntukkan sebanyak RM21.2 bilion iaitu kenaikan sebanyak 8.71% berbanding dengan Belanjawan 2025 sebanyak RM19.5 bilion. Peningkatan keseluruhan peruntukan KDN sebanyak RM1.7 bilion ini menggambarkan peranan penting KDN sebagai pemangkin kerangka Ekonomi MADANI dalam konteks Memperkukuh Perpaduan dan Keselamatan Negara.

Rumusan Belanjawan 2026 Melibatkan KDN

Fokus KDN dalam ucapan Belanjawan 2026 merupakan sebahagian daripada Tekad Lima: Memperkukuh Ketahanan Negara. Peruntukan yang diberikan kepada KDN bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara dan aset badan beruniform di bawahnya. Berikut merupakan butiran utama mengenai peruntukan dan inisiatif yang berkaitan dengan KDN:

i. Peningkatan Keupayaan Penguatkuasaan dan Tatakelola

Peruntukan lebih RM700 juta disediakan secara kolektif untuk badan penguatkuasa yang turut merangkumi PDRM bagi tujuan latihan dan aset.

ii. Peningkatan Aset PDRM dan Badan Beruniform KDN

Peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi penyelenggaraan dan pembelian aset PDRM serta badan beruniform di bawah KDN yang turut merangkumi perolehan baharu:

  • 100 buah pickup 4×4 untuk risikan dan operasi PDRM;

  • empat bot ronda Fast Patrol Vessel, Pasukan Polis Marin; dan

  • sebuah pesawat udara Maritime Surveillance Aircraft, APMM.

iii. Pembinaan dan Naik Taraf Fasiliti Baharu

RM1.5 bilion bagi pembinaan dan penaiktarafan fasiliti baharu badan beruniform yang turut meliputi:

  • Kompleks APMM Negeri di Tok Bali, Kelantan: IPK Sarawak dan Balai Polis Lawin, Gerik, Perak;

  • Pembaharuan Kompleks Bersepadu APMM dan Pasukan Polis Marin, Labuan;

  • Kompleks Zon Maritim Kudat, Sabah;

  • Naik taraf Kompleks ICQS Sungai Tujoh, Miri, Sarawak;

  • Bangunan tambahan Batalion 23. PGA Sri Aman, Sarawak, dan

  • Tiga Pos PGA baharu di Sungai Nibong, Sungai Banting dan Sekinchan, Selangor.

iv. Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk

Sejumlah RM45 juta disediakan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) untuk terus melindungi sempadan negara termasuk memenuhi keperluan 220 tenaga kerja AKPS dengan keutamaan pelantikan daripada kalangan veteran tentera bagi kesiapsiagaan penuh.

v. Menangani Jenayah Siber dan Seksual

RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) yang kini dikemudi secara langsung oleh PDRM agar pengendalian kes penipuan kewangan menjadi lebih pantas dan cekap. Manakala, RM20 juta diperuntukkan kepada PDRM bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital, selain menubuhkan Behavioural Science Unit yang menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah yang antara lain bertujuan menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak dalam ruang siber.

vi. Rawatan dan Pemulihan

Sebanyak RM15 juta diperuntukkan bertujuan memperkasakan Program Peluang Kedua untuk manfaat 1700 individu termasuk bekas penagih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik dan Peluang Kedua kepada 3000 orang bekas banduan wanita yang tidak mendapat sokongan keluarga melalui pemberian insentif mula niaga bagi menjana pendapatan memulakan semula kehidupan. Selain itu, penganjuran program bimbingan keusahawanan turut diperluaskan kepada Penjara Penor, Pahang dan Penjara Taiping, Perak.

vii. Kebajikan Anggota

Hampir RM2.2 bilion disediakan bagi penyediaan dan penyelenggaraan kuarters yang turut merangkumi anggota polis, penjara, imigresen, ESSCOM dan sebagainya.

viii. Hak Asasi Manusia

Atas dasar kemanusiaan, RM10 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian di samping menaik taraf tiga Depot Tahanan Imigresen dan tiga Baitul Mahabbah sebagai Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka Dewasa dan Kanak-kanak.

Belanjawan 2026 ini memperlihatkan bahawa kerajaan serius dalam usaha 33°C memastikan agensi penguatkuasaan dapat terus memperhebat tindakan pemeliharaan kesejahteraan rakyat, menangani ketinsan hasil, memperketat langkah kawalan penyeludupan dan usaha penguatkuasaan serta operasi secara bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Negara (AKPS) dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

Sehubungan itu, bagi mendepani cabaran untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kedaulatan negara terjamin, KDN akan terus bersama dengan kerajaan bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat dan negara. KDN yakin bahawa Belanjawan 2026 ini akan memperkasakan agensi penguatkuasaan Malaysia seterusnya menjamin masa depan Negara yang lebih berdaya tahan dan inklusif untuk semua rakyat Malaysia.

BACA: Belanjawan 2026: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu