Masihkah anda ingat mengenai kisah seorang pemuda dari Malaysia, Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Turki tahun lalu?
Beliau diingati dan disanjungi oleh ramai pihak kerana amalannya serta keperibadiannya yang disenangi ramai. Baru-baru ini, di Cairo, Mesir, telah berlakunya satu peristiwa yang hampir sama dengan kisah arwah Ammar dan mangsanya juga mempunyai sifat dan peribadi yang murni seperti beliau.
Fatihatun Nahdliyah, penuntut tahun 3 Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar, Mesir telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid Al-Asyraf di sana.
Kisah ini telah dikongsikan oleh Muhammad Amiruddin yang juga merupakan mahasiswa dari Malaysia yang juga sedang menuntut di universiti sama dalam jurusan Syariah Islamiyyah.
Sumber: FB Muhammad Amiruddin