MOSCOW, 7 Ogos (Bernama) — Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) telah melebihi 160,000 orang.
Agensi berita Sputnik, yang memetik data daripada Johns Hopkins University, melaporkan bahawa jumlah kematian yang tepat adalah 160,090 pada 02:00 GMT, Jumaat.
AS mengesahkan 4,881,974 kes COVID-19, dengan 1,598,624 orang telah pulih.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. AS kekal sebagai negara yang paling teruk dilanda pandemik itu, iaitu dari segi jumlah kes dan jumlah kematian.
Sumber: BERNAMA