Barisan Nasional (BN) disahkan memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 29 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan negeri Johor.
Dalam satu kemaskini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, BN yang dianggotai oleh UMNO, MIC, dan MCA berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus kerusi dipertandingkan.
“Setakat 11 malam ini, BN telah memenangi 29 kerusi daripada 56 kerusi. Sehubungan itu, BN berjaya memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan,” jelasnya dalam satu sidang media mengumumkan keputusan PRN Johor.
Terkini, melalui kemas kini laman web SPR, BN sudah memenangi 37 kerusi setakat ini.
Sumber: Astro Awani