Kemalangan Babit Lori Tangki & Kereta Di Jalan Segamat-Labis By Athirah 26 Disember 2024 10:23am Berita Kredit: Astro Radio Traffic Kemalangan Babit Lori Tangki & Kereta Di Jalan Segamat-LabisSatu kemalangan melibatkan lori tangki dan kereta dilapor berlaku di Jalan Segamat-Labis, hari ini.Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Astro Radio Traffic menerusi satu hantaran bersama video kejadian yang dimuat naik laman facebooknya sebentar tadi.Menurut Astro Radio Traffic, kemalangan tersebut menyebabkan aliran trafik di kedua-dua arah antara Bandar Putra IOI dan Tenang menjadi perlahan.Setakat ini, tiada info lanjut berkenaan insiden tersebut serta status mangsa yang terlibat dalam kemalangan dikongsikan.Berita lanjut menyusulBACA: Telegram, Tencent Mula Proses Pelesenan Untuk Beroperasi Di Malaysia – MCMCBACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000BACA: Ketahui Bahaya “Bakteria Pemakan Daging” Yang Ramai Tak TahuSumber: Astro Radio Traffic via Facebook