Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam. Kemukjizatan kitab suci ini tidak dapat disangkal lagi. Mereka yang menjadikan bacaan Al-Quran sebagi rutin harian, akan beroleh ganjaran pahala dan syafaat di akhirat kelak.
Perkongsian seorang pemuda mengenai apa yang dilihatnya ketika berada di tengah kesesakan jalan raya baru-baru ini menyentuh hati ramai netizen. Dalam kesesakan lalu lintas, matanya tertumpu kepada sebuah kenderaan dengan pemandunya yang sedang memegang sebuah ‘buku’ dipercayai Al-Quran.
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan memuji tindakan lelaki berkenaan namun tidak kurang juga yang bertanya mengenai kesahihan ‘naskhah’ yang dibacanya.


Salah seorang individu turut tampil menjelaskan bahawa lelaki yang berada dalam rakaman tersebut adalah bapanya.

Sumber : Twitter anwarhery_