Bagi sesetengah orang, memiliki anak kembar adalah hal yang mengembirakan dan terlihat comel. Tambahan pula, pasangan kembar berlainan jantina sangat ‘rare’ dan jarang berlaku.
Di Malaysia, antara pasangan kembar yang terkenal adalah Zakwan Adha dan Aidil Zafuan yang kedua-dua mereka adalah pemain boleh sepak kebangsaan.
Nanun perasan tak, amat jarang kita dapat lihat pasangan kembar yang berkahwin dengan pasangan kembar yang lain. Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Minds di laman Facebooknya.
Menurutnya, sepasang adik-beradik kembar seiras Josh dan Jeremy berkahwin dengan pasangan kembar Brittany dan Briana.
Kedua-dua pasangan itu dikatakan telah melahirkan bayi lelaki pada waktu yang sama.
“Walaupun, pada dasarnya mereka berdua adalah sepupu, namun dari segi genetik mereka adalah adik beradik,” tulis Minds di Facebook.
Menariknya, kedua-dua pasangan ini tinggal bersama di dalam rumah yang sama, lapor Minds.
Berikut di bawah adalah pelbagai reaksi berbeza daripada netizen. Rata-rata mereka begitu teruja dengan keluarga unik ini.

.

Sumber: Minds