Sebuah keluarga dihantui dengan penampakan seolah-olah muka manusia yang menyeramkan timbul di lantai dapur rumah mereka yang berlarutan 4 dekad lamanya.
Lebih menyeksakan, imej-imej berkenaan tidak boleh diibuang! Malah, hingga ke hari ini, keluarga berkenaan masih buntu bagaimana ia muncul dan boleh kekal untuk tempoh yang begitu lama.
Menurut Pereira, salah seorang ahli keluarga berkenaan berkata, perkara berkenaan telah menggangu mereka sejak 1971. Dalam tempoh berkenaan, pelbagai cara sudah dicuba, namun tidak berjaya menghilangkan imej tersebut.
Sebelum ini, mereka penah memecahkan lantai tersebut, namun muka berkenaan muncul pula pada bahagian lain.
Masalah berkenaan akhirnya sampai pada pengetahuan Datuk Bandar, yang kemudian mengeluarkan satu arahan yang menghalang imej-imej berkenaan daripada dimusnahkan.
Berita berkenaan juga pantas menarik perhatian orang ramai yang kemudian menyerbu rumah tersebut untuk melihat sendiri imej-imej yang menjadi bualan ramai itu.
Semakin ramai yang mengetahui tentang lagenda ini pelbagai spekulasi lagi dibuat. Ada antaranya menyatakan bahawa ini ialah perbuatan paranormal. Hal ini demikian kerana, lokasi rumah tersebut didakwa berdekatan dengan lokasi pembunuhan abad ke-17 dan tanah perkuburan kuno.
Spekulasi lain pula menyatakan bahawa itu semua cuma satu penipuan yang dilakukan oleh keluarga Pereira dan mereka mendapatkan keuntungan dari situ kerana menjadi tarikan pelancong.
Namun, pada 2014 satu pertunjukkan jurnal penyiasatan, Cuarto Milenio membuat analisis teknikal keatas muka tersebut dengan harapan untuk membuktikan kebenaran.
Mereka setuju bahawa imej tersebut tidak dibuat dengan lukisan dan tidak terdapat sebarang manipulasi atau elemen luar pada muka tersebut.
Mereka juga telah cuba membuat semula menggunakan pelarut konkrit, asid hidroklorik dan perak nitrat tetapi tidak berjaya. Keputusan tersebut juga menyebabkan mereka sangat tertanya-tanya.
Pelbagai lagi kajian telah dijalankan namun sehingga kehari ini tiada sebarang keterangan saintifik berkenaan muka yang timbul tersebut.
Sumber: The Sun