Kelantan Kembali Jadi Zon Hijau Covid-19 Selepas Tiada Kes Baru Dan 1 Kes Aktif Telah Sembuh

Edayu

Menerusi kiriman daripada laman Facebook rasmi EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin telah mengisytiharkan bahawa Kelantan kembali kepada zon hijau.

Hal ini demikian kerana serorang pesakit yang dilaporkan positif yang membabitkan seorang wanita hamil telah sembuh pada hari ini.

Kita belum bebas sepenuhnya walaupun negeri Kelantan tiada kes baru COVID-19 dicatatkan. Patuhi PKPB dan amalkan penjagaan kebersihan diri dan penjarakan sosial demi kebaikan bersama. Kita Jaga Kita.

Sumber: FB Yb Dr Izani Husin