Kredit: Bernama

Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Meningkat Daripada 25mb Kepada 31.34mb Per Saat – KKMM

Aireena Marizan

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu perkongsian di Twitter KKMM, kelajuan jalur lebih mudah alih negara telah meningkat daripada 25mb kepada 31.34mb per saat.

Sabah dan Sarawak bakal terima peruntukan sebanyak hampir RM2 bilion untuk projek POP, tidak termasuk projek Jendela Fasa 1 dan 2.

KKMM turut bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa bersama-sama Kementerian Kewangan bagi meneliti secara terperinci pelaksanaan Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia.

Ketersediaan rangkaian 5G akan dicapai secara berperingkat mulai akhir tahun ini bermula di Putrajaya, Cyberjaya dan juga Kuala Lumpur.

Sumber: Twitter