Sentiasa pantas dalam memberikan bantuan, Ustaz Ebit Lew sentiasa menjadi perhatian ramai kerana membantu orang yang memerlukan.
Sebelum ini, beliau telah memberikan bantuan kepada Zoo Negara dengan pelbagai jenis makanan buat haiwan-haiwan di sana.
Menerusi perkongsiannya yang terbaru, Ustaz Ebit Lew sekali lagi pergi ke Zoo Negara bersama 200kg daging segar.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini:
Dapat berita dan permintaan dari zoo negara kekurangan dana kerana PKP. Balik dari Kelantan semalam pagi ini terus saya ke zoo negara bersama bawa 200kg daging segar. Kami juga fikir bagaimana nak bantu dana dan beberapa cadangan lain supaya zoo negara terus maju ke depan. Hari ini saya bawa 200kg daging.
Comel dapat beri makan panda. Ada 2 ekor. Dapat anak 2 ekor dah hantar balik. Ini ada seekor lagi baru dapat. Comel kecil sangat anak panda macam anak kucing je. Panda makan. Buluh tertentu sahaja. Kuat tangannya. Bila kita hulur buluh pada panda. Dia tarik kuat betul. Main tarik-tarik tadi. Panda suka buluh dan pilih daun-daun sedap dan lipat tebal-tebal makan.
Tak sabar nanti zoo buka saya nak bawa anak-anak ke sana. Dah lama tak bawa anak berjalan-jalan. Kasihan duduk rumah je. Semoga dimudahkan semuanya. Doakan ye buat zoo negara. Kagum tengok makhluk Allah. Semua ada pelajaran disebaliknya.
Sumber: Ebit Lew