Kekayaan Jack Ma Dan Beberapa Bilionair China Lain Merosot
Nilai kekayaan bilionair China dilaporkan merosot paling tinggi dalam tempoh lebih dua dekad ini, lapor laman berita CNN.
Kemerosotan itu disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine, langkah sifar Covid-19 Beijing dan kejatuhan pasaran saham di tanah besar dan Hong Kong, menurut laporan senarai kekayaan tahunan.
Berdasarkan senarai orang kaya Hurun, sebuah pengkaji yang menyenaraikan orang terkaya di China dengan nilai bersih minimum 5 bilion yuan (RM 3.26 bilion) berkata, hanya 1,305 orang yang mencapai kejayaan itu pada tahun ini.
Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 11% daripada tahun lalu.
Sementara itu, bilangan individu dengan kekayaan RM 47.16 bilion jatuh sebanyak 29 kepada 56 orang, manakala bilangan bilionair dolar menurun sebanyak 239 kepada 946 orang tahun ini.
“Tahun ini telah menyaksikan kejatuhan terbesar dalam “Hurun China Rich List” dalam tempoh 24 tahun yang lalu,” kata Rupert Hoogerwerf, pengerusi dan ketua penyelidik firma penyelidikan Laporan Hurun yang bertindak menyusun senarai tersebut.
Tinjauan ekonomi global tahun ini telah terjejas teruk disebabkan oleh perang di Ukraine dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di China.
Seterusnya keadaan ini diburukkan lagi oleh dasar Covid negara itu yang sangat ketat dan menyebabkan kemerosotan tanah yang berpanjangan.
Tindakan keras kawal selia selama dua tahun yang menimpa syarikat teknologi terbesar di China seperti Alibaba Group (BABA) dan Tencent (TCEHY) diikuti oleh kebimbangan oleh pemimpin Xi Jinping akan menyebabkan perkembangan ekonomi terbantut.
Ideologi Xi Jinping juga telah menjejaskan keyakinan pelabur dengan Pasaran Saham Hong Kong dan saham tanah besar dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Yang Huiyan seorang ahli perniagaan wanita yang berdiri di belakang Country Garden Holdings Co Ltd seperti kebanyakan pemaju China yang lain telah bergelut dengan masalah bebanan hutang.
Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal
Menyaksikan kekayaannya jatuh sebanyak RM 73.9 bilion, satu penurunan yang terbesar dalam senarai 2022 ini.
Bilionair Zhong Shanshan, syarikat pembotolan airnya Nongfu Spring dan pembangun vaksin Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterpise menduduki tempat pertama dalam senarai untuk tahun kedua berturut-turut. Kekayaannya telah meningkat sebanyak 17% kepada RM 306.5 bilion.
Pengasas dan pemilik TikTok ByteDance, Zhang Yiming menduduki tempat kedua, namun kekayaannya telah jatuh sebanyak 28% kepada RM 165 bilion. Kejatuhan itu disebabkan oleh penilaian dalam ByteDance.
Pengasas Tencent (TCEHY) Pony Ma mencatatkan penurunan kedua terbesar dalam kekayaan bernilai RM 68.6 bilion di tengah-tengah harga saham bagi teknologi yang kini merosot.
Pengsas Alibaba Jack Ma dan keluarganya jatuh empat tempat dan kini menduduki tempat ke-9 pada tahun ini.
Sumber: CNN