
Shah Alam -Amanilife hari ini mengumumkan langkah strategik baharu dengan memperkenalkan Dato’ Mirnawan Bin Datuk Hj. Nawawi, Legenda Hoki Negara, sebagai Duta Rasmi Gel Amani dalam satu sidang media yang diadakan di Concorde Hotel, Shah Alam.
Gel Amani merupakan ubat sapuan yang telah berada di pasaran sejak tahun 2014, terkenal sebagai produk pilihan untuk membantu melegakan sakit otot dan sendi seperti tengkuk, bahu, pinggang dan lutut. Dengan mutu dan kualiti yang mematuhi piawaian antarabangsa, Gel Amani terus menjadi pilihan rakyat Malaysia, khususnya dikalangan atlet, warga emas, dan individu yang aktif.
Pelantikan Dato’ Mirnawan sebagai Duta Gel Amani menjadi simbolik penting kepada Amanilife. Dikenali sebagai ‘The Boss’ hoki Malaysia, Dato’ Mirnawan merupakan bekas Kapten Pasukan Hoki Kebangsaan dan pernah membawa pasukan ke beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000. Beliau memilih untuk bersama Amanilife kerana percaya pada keberkesanan Gel Amani yang digunakannya sejak 10 tahun lepas untuk melegakan sakit otot dan sendi demi mengekalkan gaya hidup aktif.

Pengarah Eksekutif Amanilife, Tuan Leo Adi Putra, turut berkongsi harapan agar kolaborasi bersama Dato’ Mirnawan ini akan menjadi pemangkin untuk lebih ramai orang bukan hanya di Malaysia malahan luar negara dapat menjalani hidup yang lebih sihat dan aktif, serta beribadah dengan lebih selesa tanpa dibelenggu masalah sakit otot dan sendi.
“Selain Dato’ Mirnawan sebagai bekas atlet, faktor usianya yang mencecah 53 tahun namun masih kekal aktif dan sihat menjadikannya individu paling sesuai mewakili Gel Amani.
Dalam majlis ini juga, Amanilife menekankan bahawa Gel Amani adalah ubat yang berdaftar dengan KKM dan disahkan Halal oleh JAKIM, sekali gus memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk ini dihasilkan mengikut piawaian halal dan selamat digunakan seisi keluarga.

Gunakan tanpa was-was. Gel Amani kini ditawarkan pada harga terkini iaitu RM27 bagi isipadu 30ml dan RM37 bagi 60ml. Penetapan harga ini dibuat bagi memudahkan lebih ramai orang menikmati manfaat Gel Amani serta memberi nilai tambah kepada pelanggan setia yang membuat pembelian berulang.
“Sebagai bekas pemain hoki kebangsaan, saya sudah terbiasa aktif dan sebab itu saya mencari platform lain untuk kekalkan gaya hidup sihat. Apabila umur semakin meningkat, agak sukar untuk saya terus aktif dalam sukan hoki kerana bola terlalu laju dan saya perlukan kekuatan dan stamina untuk ‘enjoy’ sukan itu.
“Saya merupakan pengguna Gel Amani sejak 10 tahun lepas dan akan mengamalkan sapuan gel ini sebelum dan selepas aktiviti sukan.
“Dan sudah tertulis rezeki apabila Pengarah Eksekutif Amanilife, Leo Adi Putra tahu saya pengguna setia Gel Amani dan memilih saya sebagai duta rasmi Gel Amani,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Gel Amani, pelanggan boleh melayari laman web rasmi di www.amanilife.my atau menghubungi terus melalui WhatsApp di talian 019-9996686.
Amanilife terus komited menjadi peneraju produk kesihatan tempatan yang halal, berkualiti dan diyakini ramai.