Kejuaraan B-23 AFF 2022: Aksi Malaysia Lawan Myanmar 5 Petang Ini Dibatalkan

Edayu

Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara diuji sekali lagi apabila perlawanan pertama menentang Myanmar pada kejohanan Piala AFF B-23 di Phom Penh, Kemboja petang ini dibatalkan.

Difahamkan menerusi laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), perlawanan membabitkan Kumpulan B tersebut yang hanya berbaki kurang lagi satu jam sebelum perlawanan bermula terpaksa dibatalkan selepas pasaukan Myanmar sah menarik diri berikutan kes positif Covid-19 dalam kalangan permain mereka.

Terdahulu dalam perkongsian Kelab Bola Sepak Malaysia, skuad B-23 negara turut menerima khabar sedih apabila salah seorang pemain disahkan positif Covid-19. Ia merupakan kes kedua selepas Fahmi Daniel Zaaim muncul pemain pertama negara dijangkiti Covid-19 sebaik saja tiba di Phonm Penh, Jumaat lalu.

Sumber: FAM