
Kejohanan Snuker Dunia Terganggu, Penunjuk Perasaan Tabur Serbuk Kuning Atas Meja
Acara kejohanan Snuker Dunia terpaksa dihentikan seketika selepas diganggu oleh penunjuk perasaan yang membaling sebungkus cat serbuk oren di atas meja.
Memetik The Guardian, kejadian yang berlaku pada petang Isnin lalu terpaksa dihentikan selama 24 jam semasa perlawanan antara Robert Milkins dan Joe Perry.
Milkins yang mendahului 11-0 pada peringkat awal pembukaan terpaksa akur selepas seorang lelaki secara tiba-tiba meluru keluar dan melompat ke atas meja sebelum membaling serbuk berwarna kuning.
Ia mengambil masa 12 saat untuk dua pengawal keselamatan turun ke Teater Crucible di Sheffield dan mengikat aktivis itu.
Seorang lagi penunjuk perasaan wanita pada masa yang sama cuba untuk memanjat ke meja lain semasa perlawanan antara Mark Allen dan Fan Zhengyi namun tindakannya itu sempat dihalang oleh pengadil Olivier Marteel yang bertindak pantas.
Kedua-dua penunjuk perasaan dilihat memakai baju-T bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap aktiviti perubahan iklim Just Stop Oil.
Permainan di kedua-dua meja terpaksa dihentikan sejurus selepas kejadian itu kerana penyedut hampagas dibawa masuk ke arena untuk proses pembersihan.
Proses pembersihan akibat kekacauan itu turut dibantu oleh pengacara majlis, Rob Walker.
Selesai proses pembersihan, World Snooker akhirnya memutuskan bahawa kain meja telah rosak dan tidak dapat dibaiki dan perlu diganti.
Hasilnya perlawanan Milkins-Perry kini akan disambung semula pada petang Selasa jam 7 malam. Malah venue akan dibuka seawal pada hari Khamis jam 9.30 pagi supaya perlawanan pusingan pertama boleh berakhir.
Perlawanan antara Allen dan Fan pula disambung semula kira-kira 45 minit kemudian.
BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%
Kejadian itu telah mendapat perhatian Just Stop Oil dan mereka turut mengeluarkan kenyataan mereka berkaitan insiden tersebut.
“Pada sekitar 7.20 malam, dua penyokong Just Stop Oil telah mengganggu Kejohanan Snuker Dunia di Teater Crucible di Sheffield.
“Pasangan itu telah membaling cat serbuk oren sebelum dikeluarkan oleh pihak keselamatan dan ditahan,” kata kenyataan tersebut.
Just Stop Oil turut menyatakan bahawa kedua penunjuk perasaan itu menuntut agar Kerajaan menghentikan segera projek bahan api fosil UK yang baharu.
Selain itu mereka juga menyeru agar, institusi sukan UK untuk melangkah kehadapan bagi menentang dasar genosid Kerajaan.
Ketika kejadian, bekas juara dunia, Stephen Hendry yang juga bertugas sebagai pengulas berkata bahawa kejadian itu tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
“Ia adalah yang pertama. Ia mengejutkan kami semua,” kata Stephen.
Sumber: The Guardian