
Kejayaan SMART Di IRC Pakistan Bukti Pasukan Penyelamat Malaysia Diiktiraf Dunia – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memenangi tempat kedua keseluruhan di Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) sempena Asia Pacific Earthquake Exercise 2024 di Pakistan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan tahniahnya berkata kejayaan SMART mendapat tempat kedua daripada sembilan negara bertanding adalah satu pencapaian amat membanggakan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata pencapaian di peringkat antarabangsa itu membuktikan bahawa pasukan SMART Malaysia memiliki kepakaran dan kesiapsiagaan terbaik setanding dengan pasukan penyelamat terkemuka dunia.
“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada SMART yang berjaya mengharumkan nama negara di IRC.
“Semoga kejayaan ini terus menjadi motivasi untuk memperkukuh kemampuan dan kerjasama pasukan penyelamat kita demi memastikan keselamatan rakyat dan negara sentiasa terjamin. Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di Facebook.
SMART turut merangkul tempat kedua dalam acara Height Rope Rescue.
BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN
BACA: Buku Setebal 674 Muka Surat Ditulis Untuk Jawab Soalan Kenapa 1+1=2, Ini Sebabnya
BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku
Sumber: Bernama