Gambar Via Daily Star

Kejam, Lelaki Didakwa Beri Dadah Pada Anak Tiri Berusia Dua Tahun, Dera Secara Seksual & Pukul Hingga Mati

Sofea

Seorang lelaki didakwa telah memberikan dadah jenis syabu kepada anak tirinya yang berusia dua tahun sebelum mendera secara seksual dan memukul kanak-kanak itu sehingga mati, lapor Daily Star.

Dia dilapor memberi dos dadah yang sangat tinggi untuk kanak-kanak itu dan melakukan serangan seksual selama beberapa hari, perbuatan itu juga sempat dirakam olehnya.

Kejadian yang berlaku di rumah keluarga di bandar Querfurt, Jerman itu juga menyaksikan suspek memukul kanak-kanak itu hingga mati bagi ‘menutup’ kesalahan yang dilakukannya.

Ibu kanak-kanak itu yang berusia 36 tahun juga telah didakwa di mahkamah kerana tidak melakukan apa-apa untuk mencegah kejadian itu.

Pihak polis berkata bedah siasat mendapati bahawa kanak-kanak itu mengalami kecederaan yang serius di kepala serta dalaman termasuk patah tulang rusuk.

Suspek juga ditemui sedang tidur di atas katil di samping alkohol yang diminumnya.

Perbuatannya itu sangat brutal sehingga seorang wartawan Jerman berkata bahawa dia tidak pernah melihat kertas pertuduhan yang sangat mengejutkan.

Sumber: Daily Star