
Keistimewaan Jadi Penderma Darah Malaysia
Sejak kecil, kita pasti cukup “familiar” dengan kisah adiwira yang berani dan gigih menyelamatkan orang ramai.
Tak dinafikan, kisah sebegini seolah jadi pembakar inspirasi bagi kita untuk melakukan hal sama, kan? Melakukan perkara baik dan memberi pertolongan kepada orang lain.
Namun, realitinya, kita tidak memiliki kuasa luar biasa seperti adiwira dalam filem atau komik. Tapi, itu bukan bermakna kita tidak boleh menjadi wira dalam kehidupan sebenar.
Hakikatnya, peluang untuk menjadi wira itu wujud, dan ia datang melalui sumbangan yang sangat berharga iaitu darah kita sendiri.
Umum diketahui, menderma darah bukan sahaja satu tindakan mulia. Malah, setiap titis darah yang disumbangkan boleh memberi peluang kedua kepada pesakit yang berada dalam situasi kritikal.
Siapa sangka, menderma darah sendiri pun boleh membawa keistimewaan? Inilah berita baik yang ingin kami kongsikan khas untuk para penderma darah di Malaysia.
Menurut Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), warganegara Malaysia yang menderma darah di PDN atau mana-mana pusat kutipan darah di fasiliti KKM layak menerima pelbagai keistimewaan kesihatan.
Untuk info, insentif ini telah ditambah baik untuk:
Menghargai jasa dan pengorbanan penderma darah yang konsisten.
Memberi galakan kepada penderma baru untuk terus menderma darah secara berkala.
Membudayakan amalan pendermaan darah sebagai satu aktiviti sosial yang positif di Malaysia.

Dengan keistimewaan ini, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa orang lain, malah memberi manfaat kepada diri sendiri. Ini membuktikan bahawa amalan kecil seperti menderma darah boleh membawa impak besar kepada masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.pdn.gov.my.
Sebagai penderma, anda mungkin tidak akan pernah tahu siapa yang menerima darah anda. Anda mungkin tidak akan bertemu mereka atau mendengar ucapan terima kasih secara langsung.
Namun, percayalah, di hati mereka, anda adalah insan yang telah memberi peluang kedua untuk terus hidup dan mengukir senyum.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menderma.
BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak