Malam ini, seluruh mata bakal terarah ke Bukit Jalil apabila dua seteru berjiran dan serumpun, Malaysia dan Indonesia bakal beradu sekali lagi bagi menunjukkan kejaguhan masing-masing.
Indonesia pastinya mahu membalas dendam selepas dimalukan skuad kebangsaan di stadium keramat mereka September lepas. Manakala Malaysia juga sudah tentu ada ego yang mahu dipertahan, lebih-lebih lagi berkasi di rumah sendiri malam ini.
Walapun perlawanan sebenar disajikan dalam beberapa jam lagi, namun aksi MASvsIND sebenarnya sudahpun bermula sejak beberapa hari yang lalu lagi, dan gelanggangnya tentulah di media sosial.
Pelbagai tanda pagar seperti #MASvsIND, #HarimauMalaya, #KapanAway sudahpun menjadi trending.
Ada yang bertanya tentang keterujaan rakyat Malaysia dalam menyambut tetamu dari seberang.
Tak lupa juga yang membuka tangan menghulur salam menyambut kehadiran para penyokong dari Indonesia.
Nama Mohamadou Sumareh juga disebut sebagai penjaring gol minit akhir pada perlawanan sebelum ini dengan #Throwback.
Berikut adalah tweet-tweet lain rakyat Malaysia yang teruja dengan perlawanan malam ini sambil mendoakan kejayaan pasukan kebangsaan.
Anda macam mana pula, teruja ke tak?
Sumber: Twitter