gastropoda mersing
Gambar: Pejabat Perikanan Negeri Johor

Kehadiran Gastropoda Berbahaya Dikesan Di Mersing, Elak Aktiviti Air Buat Masa Ini

Athirah

Organisma Akuatik Berbahaya, Kehadiran Gastropoda Dikesan Di Perairan Mersing

Jabatan Perikanan Negeri Johor memberi amaran tentang kehadiran gastropoda yang dikesan di sekitar perairan di Mersing.

Kehadiran organisma berbahaya berkenaan dikesan oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung di Kepulauan Mersing pada 11 Jun lepas.

Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor, gastropoda yang dikenali sebagai petropoda itu merupakan organisma akuatik berbahaya dan mempunyai sengat yang memudaratkan manusia.

“Petropoda berasal dari perairan tropika dan subtropika. Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air ballast perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesis ini ke perairan Malaysia,” kata hantaran itu lagi.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Kehadiran gastropoda di perairan Mersing, elak aktiviti air buat masa ini

Difahamkan, moluska ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik.

Kesan yang dialami itu dipercayai ada kaitan dengan tindak balas hipersensitif kulit manusia. Mangsa yang terkena sengat petropoda ini digesa untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Dalam pada itu, Jabatan Perikanan Malaysia memaklumkan pihaknya akan memantau kehadiran organisma tersebut sehingga situasi selamat.

Pada masa yang sama, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti air di kawasan perairan tersebut buat masa ini.

BACA: Pakistan Umum Biasiswa Untuk Pelajar Perubatan Palestin Dari Gaza

BACA: Bumi Berada Pada Titik Paling Jauh Dari Matahari Pada 5 Julai, Pukul 1.06 Tengah Hari

BACA: Hati-hati Pinjamkan Telefon Dekat Orang Tak Kenal, Takut Dicucuk Kabel O.MG

Sumber: Pejabat Perikanan Negeri Johor