Dipercayai cuba menyembunyikan punca kematian si anak, seorang ayah tergesa-gesa mempercepatkan proses pengebumian anaknya walau mendapat halangan dari pihak hospital.
Lelaki berkenaan pada mulanya membawa anaknya yang tidak sedarkan diri ke sebuah hospital di selatan tanah air. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dikatakan jatuh pengsan setelah terkena serangan asma.
Setibanya di hospital, doktor yang memberi rawatan kecemasan mengesahkan kanak-kanak malang itu telahpun meninggal dunia.
Curiga dengan tanda-tanda luka pada tubuh mangsa, doktor kemudiannya meminta agar si anak menjalani bedah siasat. Pun begitu, si ayah menggesa agar jasad anaknya terus disemadikan segera. Malah, jasad si anak dikatakan telah dibawa keluar dari hospital tanpa pengetahuan doktor.
Tindakan si ayah menimbulkan curiga banyak pihak termasuklah jemaah yang menguruskan jenazah dan pihak polis.
Tiba masa untuk mengebumikan jasad si anak, mereka kemudiannya didatangi pihak polis yang menghalang pengebumian diteruskan. Penyiasatan demi penyiasatan berlangsung sehinggalah akhirnya punca sebenar kematian kanak-kanak berkenaan dikenalpasti.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai episod mencurigakan kes ini, teruskan membaca perkongsian pensyarah Undang-undang, Sir Kamarul di bawah.
“Tolong! Anak saya pengsan!”
Jenazah hilang
Banyak kesan luka pada badan mangsa
Polis datang, arahkan mayat tidak ditanam dahulu
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala menyebabkan keretakan tengkorak, pendarahan dan bengkak otak yang menyebabkan kematian.
Kecederaan pada kepala disebabkan objek tumpul yang boleh membawa maut.
Ayah kandung dan rakan perempuan ditahan polis
Kesan gigitan pada lengan mangsa
Kedua-dua suspek dikenakan hukuman gantung sampai mati
Apapun, doakanlah yang baik-baik untuk semua. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita.
Sumber: Sir Kamarul