Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji selepas mencatatkan kedudukan kewangan yang semakin kukuh dan baik.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat di laman facebooknya, Tabung Haji memiliki jumlah deposit sebanyak RM 75.9 bilion sehingga 30 Disember 2020.
Dalam perkongsian yang sama, beliau turut mendoakan supaya Tabung Haji terus melangkah kukuh sempena tahun baru 2021.
”Saya mendoakan semoga tahun 2021 membawakan sinar yang lebih cemerlang kepada Tabung Haji demi masa depan umat Islam di Malaysia.” akhiri beliau.
Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri