Gambar Hiasan via Google

Kedah Dan 5 Lagi Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir Sehingga Jam 1 Pagi Nanti

Eyla Azri

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia.

Negeri-negeri yang dijangka terlibat sehingga jam 1 pagi :

  • Kedah • Pulau Pinang

  • Terengganu (Marang)

  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin)

  • Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang

  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Beluran)

  • WP Labuan

Negeri-negeri yang dijangka terlibat sehingga jam 11 malam :

  • Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta)

  • Kelantan

  • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu)

Oleh itu,orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: MetMalaysia