Sejak malam semalam, kecoh di media sosial ekoran tularnya satu rakaman yang memaparkan beberapa ekor babi dipercayai dibela dalam kawasan perumahan. Rakaman tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi.
Jika dilihat menerusi rakaman berkenaan, beberapa ekor babi dilihat berada di dalam kawasan berpagar. Apa yang menimbulkan ketidakselesaan orang ramai adalah kawasan tersebut berada betul-betul berhadapan pangsapuri yang dipercayai didiami penduduknya.

Menerusi rakaman tersebut, terdapat seorang wanita yang turut berada di dalam ‘kandang’ berkenaan dikatakan pemilik haiwan tersebut. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kebenaran mengenai status wanita yang berada di dalam kawasan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen jelas menyatakan kekesalan dan juga marah dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.
“Tak boleh bayangkan macam mana dia punya bau”

“Betul-betul tidak menghormati penduduk sekitar, sedangkan yang ternak di pendalaman pun baunya 1 bandar”

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang netizen yang mendakwa bahawa babi-babi berkenaan terperangkap di kawasan bukit tersebut dan ia menjadi jinak setelah beberapa kali diberi makan.
“Babi ni terperangkap kat bukit tu, hikers selalu datang ke bukit ni hiking bagi babi hutan ni makan. Akibatnya mereka jadi jinak”

“Rasanya tu Wild Boar liar tu, mereka bagi makan datang dari bukit tu”

“Babi sebesar tu kalau ternak mustahil baru sekarang nak viral. Yang duduk flat tu manusia bukan babi nak diam-diam”

Sumber: Facebook