Semalam, kecoh di media sosial mengenai serangan yang berlaku di atas London Bridge sehingga menyebabkan kematian. Menurut laporan portal Independent, dua orang awam telah dilaporkan mati akibat ditikam oleh penyerang.
Ekoran daripada tindakan menikam orang awam, pihak polis tempatan telah menembak mati penyerang tersebut agar tidak menyebabkan keadaan bertambah buruk. Selain itu, dilaporkan beberapa orang awam turut tercedera dalam serangan tersebut.
Insiden serangan sebegini bukanlah kali pertama berlaku di jambatan tersebut, namun pernah terjadi pada tahun 2017 yang menyaksikan lapan orang telah terkorban. Ketika itu, berlaku insiden tembak-menembak oleh tiga ahli kumpulan pengganas yang melepaskan tembakan rambang.
Teringat kembali akan kejadian itu, Dr Amalina menerusi laman Twitternya turut berkongsikan pengalaman cemas ketika kejadian pada tahun 2017 itu.
Menurut tweet berkenaan, insiden berkenaan telah menyebabkan kekecohan yang berlaku di London. Pada waktu itu, dia sedang berkhidmat di Royal London Hospital. Tambahnya, dia juga sangat mengingati hari berkenaan apabila semua petugas sangat sibuk menghabiskan masa membantu mangsa yang tercedera.
Ketika serangan tersebut, tiga suspek dikatakan telah ditembak mati oleh pihak berkuasa bagi mengawal keadaan.
Sumber: Dr. Amalina