Gempar di media sosial beberapa hari lalu dengan penemuan ‘janin’ bayi berserta tumpahan darah di atas jalan di kawasan tapak pasar malam.
Peniaga pasar malam yang menyedari keberadaan ‘janin’ tersebut terkejut dan telah menghubungi pihak polis bagi melaporkan perkara itu.
Rakaman video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan van ambulans datang ke tempat kejadian dengan dikerumuni orang ramai.
Sebelum itu, orang ramai telah memuat naik video dan gambar janin tersebut yang dianggap sebagai janin bayi yang ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati ‘janin’ bayi yang di buang itu sebenarnya adalah patung getah. Tumpahan darah itu pula hanyalah cecair dengan bahan daripada pewarna merah.


