Baru-baru ini hangat di media sosial tentang seorang individu yang membuat kenyataan didakwa menyentuh sensitiviti agama.
Individu tersebut yang juga merupakan orang berpengaruh (influncer) ada mengulas tentang isu seseorang lelaki yang berlaku curang dengan izin Allah dan berkaitan dengannya.
Tindakan individu tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang menyokong (dipercayai pengikutnya), malah ada yang membantah.
Rata-rata mereka yang membantah berpendapat, hujah individu tersebut agak tidak tepat dan boleh berlaku sebarang kesalahfahaman tentang agama Islam.
Bagaimanapun, isu ini sampai ke pengetahuan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak mufti memberi maklum balas menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.
Tindakan pantas Pejabat Mufti WP ini mendapat perhatian warganet.
Ramai yang menyokongnya sebagai satu usaha membanteras sebarang perkara yang tidak diingini, lebih-lebih lagi melibatkan soal akidah dan ketuhanan.
Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik.
Sumber: Twitter Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan